aBout

Monday, February 1, 2010

SEJARAH MAGIC
Written by Webmaster FMS
Tuesday, 12 August 2008 18:00

Persembahan silap mata pertama yang direkodkan dalam sejarah adalah ketika zaman firaun, iaitu 5000 tahun lalu. Umumnya mengetahui, Firaun menganggap dirinya tuhan dan ketika kejadian ini berlaku, Cheop adalah Firaun. Cheop yang menganggap dirinya tuhan itu menginginkan hiburan yang setaraf dengan status 'tuhannya' Suatu hari, Cheop didatangi seorang lelaki yang penuh keyakinan. “Saya mampu mematikan dan menghidupkan hidupan ini.” Lelaki itu menunjuk seekor burung putih ke arah Firaun dengan tertib.

Tanpa banyak soal, lelaki itu terus mencabut kepala burung putih itu dengan mudah. Semua yang menyaksikan kejadian itu terperanjat. Selepas lelaki itu membiarkan kepala burung itu tercabut buat beberapa ketika, lelaki itu menyambung semula kepala burung itu. Burung itu hidup kembali. Ahli sihir firaun juga terkejut kerana tahu, persembahan itu bukan menggunakan kuasa sihir. Itulah silap mata yang misteri tetapi logik. Lelaki pertama yang direkodkan membuat silap mata itu adalah, Dedi.Dia adalah penghibur untuk golongan atasan ketika zaman itu.Magic berasal dari perkatan orang latin iaitu MAGI. Ianya adalah sejenis hiburan yang sangat dikenali pada abad ke 17. Ianya di mainkan oleh orang orang bangasawan pada masa itu.

Pada tahun 1584, Reginald Scot telah membuka rahsia rahsia magic, bagaimana magic dilakukan dalam bentuk buku yang berjudul THE DISCOVERIE OF WITCHCRAFT.
Dari tahun 1756 hingga ke 1781 seorang magician JACOB PHILADELPHIA selalu membuat pertunjukan magic di europe dan di negara Rusia. Kemudian lahir lah seorang magician moden pertama bernama JEAN EUGENE ROBERT HOUDIN (1805-1871) dan membuka magic theatre di Paris pada tahun 1840. Dia amat mahir dalam membuat alat alat ilusi yang besar bagi pertunjukan di pentas

No comments:

Post a Comment

sila "KLIK" di sini